Ikan Kelisa (Arowana) juga dikenali sebagai "Dragon Fish" atau "Bony-tongued Dragon" oleh sesetengah masyarakat Cina serta para pengeksport dan pengimport khususya, adalah spesis ikan hiasan eksotik air tawar yang amat diidamkan oleh kebanyakan pemelihara ikan hiasan akuarium. Ini adalah kerana spesies ini mampu mempamerkan keasliannya sebagai ikan hiasan klasik yang bermutu tinggi.

Jenis-jenis Arowana

Secara umumnya arowana dapat dibahagikan kepada beberapa jenis utama seperti berikut :

 

Arowana Asia

Arowana Asia atau nama saintifiknya Scleropages Formosus adalah berasal dari kawasan Asia Tenggara. Asia arowana terutama dari jenis merah dan emas malaysia adalah yang termahal dan diklasifikasikan sebagai ikan air tawar yang tercantik didunia. Arowana Asia biasanya didapati di tasik-tasik yang tenang airnya atau disungai-sungai kecil yang arusnya perlahan atau sederhana. ia disenaraikan sebagai spesis terancam yang memerlukan kebenaran khas atau permit dari CITIES bagi urusniaga diperingkat antarabangsa. Arowana Asia terbahagi kepada beberapa jenis atau keturunan iaitu :

1. Arowana Merah ( Red Arowana)
2. Arowana Emas Malaysia ( Malayan Bonytongue)
3. Arowana Emas Indonesia ( Red Tail Golden (RTG) Arowana)
4. Arowana Hijau/Kuning (Green/Yellow tail arowana)
5. Arowana Merah B 1.5 (Red Arowana B 1.5)

Arowana Amerika Selatan

Arowana Amerika Selatan terbahagi kepada beberapa strain atau keturunan iaitu :
1. Arowana Perak ( Silver Arowana)
2. Arowana Hitam ( Black Arowana)
3. Arowana Salji ( Snow Arowana)
4. Arapaima Gigas

 

Arowana Australia

 

Arowana Australia terbahagi kepada 2 jenis iaitu :
1. Arowana Jardini

2. Arowana Leichardi

 

Arowana Afrika

 

Arowana Afrika hanya terdapat satu jenis sahaja dan ia juga dikenali sebagai Arowana Afrika sebagaimana nama asal negaranya.

 

STOCK AROWANA

SILVER : TIADA

GREEN : TIADA

BANJAR RED : ADA

HIGHBACK : ADA

HIGHBACK QUALITY : TIADA

MALAYSIAN GOLDEN : ADA


Link ke MAU Arowana Sdn Bhd :-