Link ke MAU Arowana Sdn Bhd :-

Pengenalan

Sistem pawah atau (profit sharing system) adalah satu sistem yang melibatkan perkongsian antara pengusaha dan pembeli. Dalam sistem pawah arowana, pembeli akan membeli induk dari pengusaha dan induk tersebut akan ditempatkan di dalam kolam milik pengusaha. Seterusnya induk tersebut akan dipelihara oleh pengusaha dan segala kos makanan, penyelenggaraan dan sebagainya akan ditanggung sepenuhnya oleh pengusaha. Jadi pembeli hanya perlu mengeluarkan modal sekali sahaja iaitu membayar harga induk ikan. Induk yang berada di dalam kolam milik pengusaha itu merupakan harta atau aset kepada pembeli. Setiap 2 bulan sekali pengusaha akan melakukan proses tuaian (harvest) untuk memastikan ada hasil ataupun tidak dengan memeriksa mulut induk. Sekiranya ada hasil, ia akan dibahagikan sama rata iaitu 50:50 di antara pengusaha dan pembeli setelah anak ikan bersaiz 3 hingga 4 inci.  aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddd aaaaaaaaaaaa

Semasa proses tuaian, hasil yang diperolehi mungkin bersaiz telur ataupun anak ikan. Telur atau anak ikan yang diperolehi akan ditempatkan dalam bilik 'incubation and nursery' yang lengkap dengan alat serta kelengkapan yang diperlukan. Jangkamasa yang diambil oleh telur untuk menjadi anak ikan yang bersaiz 3 hingga 4 inci adalah lebih kurang 2 bulan. ttttttttttttttttttttttttttttttt gggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg

 

Konsep Sistem Pawah

Pembeli akan membeli induk ikan arowana dari syarikat dan ditempatkan di dalam sebuah kolam milik syarikat. Setiap kolam akan ditandakan dengan nombor dan setiap induk mempunyai chip bernombor di dalam badan untuk mengelakkan ikan daripada hilang. Induk tersebut akan dipelihara oleh pihak syarikat itu sendiri dan segala kos makanan dan lain-lain akan ditanggung oleh syarikat. Pembeli hanya menunggu hasil yang akan diperolehi daripada induk-induk yang dipelihara.  eeeeeeeee

Semasa proses tuaian, pembeli akan dipanggil untuk membuat pengiraan hasil bersama. Hasil tuaian akan dibahagi sama rata iaitu 50:50 antara pembeli dan syarikat. Telur atau anak ikan yang dituai akan dipelihara dahulu oleh pihak syarikat sehingga anak ikan mencapai saiz 3 hingga 4 inci. Kemudian anak ikan akan dijual dan hasil jualan akan diberikan terus kepada pembeli. Urusan jualan akan diuruskan sendiri oleh pihak syarikat, jadi pembeli tidak perlu risau mengenai urusan jualan anak ikan. Harga anak ikan ditetapkan oleh pihak syarikat mengikut harga semasa anak ikan di pasaran. ssssssssssssjj

 

Selepas tamat tempoh perjanjian, pembeli selaku pemilik induk ikan tersebut boleh memilih untuk mengambil induk untuk dipelihara sendiri, menjual induk tersebut atau menyambung perjanjian dengan menandatangani surat perjanjian baru. Sekiranya pembeli memilih untuk menjual induk tersebut, pembeli akan mendapat kembali 100% modal yang dibayar dulu atau mungkin lebih sekiranya semua induk masih hidup. Sekiranya pembeli ingin menandatangani perjanjian baru pembeli tidak perlu membayar apa-apa dan segala urusan penjagaan induk akan dijalankan seperti biasa seperti sebelumnya. 

uuuuuuuuuuuu


♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥ ☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼ ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

 

Profil Syarikat

M U AROWANA AQUACULTURE ( IP0266322-A )

M U Arowana Aquaculture merupakan sebuah syarikat yang bergiat aktif dalam perusahaan ternakan ikan arowana secara komersil di kawasan Bukit Merah, Perak Darul Ridzuan. M U Arowana Aquaculture adalah sebuah syarikat Bumiputera yang dimiliki sepenuhnya oleh Encik Fadilah Bin Sulaiman. Beliau dibantu oleh Encik Sahibol Anwar Arba'e selaku Ketua Pegawai Eksekutif syarikat yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam urusan pejabat serta usaha untuk mengenengahkan syarikat M U Arowana Aquaculture dalam semua segi ke peringkat dalam dan luar negara.

Antara jenis ikan arowana yang diternak di sini adalah jenis Malaysian Golden, Super Red, Highback dan Banjar Red. M U Arowana Aquaculture menawarkan 4 pakej sistem pawah iaitu arowana jenis Malaysian Golden, Super Red, Highback dan Banjar Red. Berikut adalah pakej-pakej yang ditawarkan di M U Arowana Aquaculture : jjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjj

 

______________________________________________________________________________________________ 

Induk matang yang berusia 2 ½ tahun ke atas kecuali untuk jenis Super Red yang berusia 4 tahun ke atas

Jumlah minimum induk untuk satu kolam adalah 16 ekor kecuali untuk jenis Banjar Red minimum 18 ekor

Tempoh perjanjian 5 tahun

 

* Klik pada gambar di atas untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai pakej yang ditawarkan

______________________________________________________________________________________________ 

 

Kemudahan dan Sistem Keselamatan

M U Arowana Aquaculture mempunyai pelbagai kemudahan dan sistem keselamatan antaranya Pejabat Urusan, Bilik Kuarantin, Bilik 'Incubation and Nursery', Tandas, Surau, Menara Kawalan 24 jam, CCTV dan Pagar.   

M U Arowana Aquaculture mempunyai sebuah pejabat urusan yang lengkap untuk mengendalikan segala hal-hal pengurusan syarikat, akaun dan sebagainya. Pejabat yang selesa memberikan kepuasan kepada pelanggan yang berkunjung ke sini. Selain itu pemandangan luar dari pejabat urusan sangat cantik dimana pegunjung yang datang dapat melihat kolam-kolam yang terdapat di situ.

Bilik Kuarantin disediakan khas bagi menempatkan anak-anak ikan arowana yang dipelihara untuk dijadikan induk. Ia juga menempatkan induk-induk arowana yang cedera atau sakit untuk dirawat. Bilik 'Incubation and Nursery' pula disediakan untuk menempatkan hasil-hasil ternakan yang baru dituai samaada dalam saiz telur ataupun anak ikan. Sistem saliran dan penjagaan anak ikan direka khas bagi memastikan anak ikan dapat hidup dengan baik dan cergas. Kualiti anak ikan arowana sentiasa dijaga bagi memastikan semua pembeli berpuashati dengan ikan yang dibeli. Kedua-dua bilik ini dijaga rapi dan dipantau 24 jam oleh pekerja yang mahir.

 

                      Pejabat Urusan                                         Bilik Kuarantin                             Bilik 'Incubation and Nursery' 

 

Menara Kawalan sentiasa dipantau oleh pengawal keselamatan yang bertugas 24 jam bagi memastikan keselamatan induk-induk di dalam kolam ternakan. Ini bagi mengelakkan dari berlakunya kes kecurian atau pencerobohan dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Selain itu menara kawalan ini juga berfungsi untuk memantau kolam-kolam ternakan bagi memastikan induk-induk dalam keadaan sihat. Sekiranya terdapat induk yang sakit ianya akan diambil dan ditempatkan dalam bilik kuarantin untuk dirawat. Di samping pengawal keselamatan, sistem CCTV yang canggih juga ada dipasang di setiap menara kawalan bagi meningkatkan tahap keselamatan serta memudahkan sistem kawalan.

Selain itu sistem pagar yang sempurna dan mempunyai ciri-ciri keselamatan dipasang pada tepi kolam ternakan. Pintu keselamatan yang kukuh juga terdapat pada pejabat urusan, bilik kuarantin dan bilik "incubation and nursery' bagi mengelakkan dari penceroboh. Lain-lain kemudahan yang disediakan di sini adalah seperti tandas dan surau yang selesa untuk kegunaan pekerja serta pelawat.

 

            Menara Kawalan dengan CCTV                                  Sistem Pagar                                   Pintu Keselamatan

 

 

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥ ☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼ ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥