AROWANA MALAYSIAN GOLDEN

Pengenalan 

Arowana jenis Malaysian Golden berasal dari tasik-tasik besar di Malaysia seperti Tasik Bukit Merah di Perak, Tasik Bera di Pahang dan Tasik Kenyir di Terengganu. Namun sekarang populasi Malaysian Golden di habitat semulajadi sudah semakin berkurangan dan telah diisytiharkan sebagai spesis yang dilindungi. Malaysian Golden juga dikenali dengan nama-nama lain seperti Malayan Bonytongue, Pahang Gold, Bukit Merah Bluebase dan Crossback Golden. Walaupun digelar dengan pelbagai nama ia tetap adalah spesis yang sama iaitu Malaysian Golden. Lazimnya terdapat dua variasi warna untuk jenis Malaysian Golden ini iaitu Bluebase dan Goldenbase.

 

                                   Malaysian Bluebase                                                              Malaysian Goldenbase 

Ciri-ciri yang terdapat pada arowana jenis Malaysian Golden ini adalah warna sisiknya yang keemasan yang berintensiti 18 hingga 24 karat. Sewaktu kecil kilauan keemasan atau kebiru-biruan jelas kelihatan pada permukaan sisik pada jalur ke 4 dan 5. Setelah dewasa kilauan emas pada jalur sisik mampu meliputi sehingga jalur sisik yang ke 6. Lazimnya pada usia 5 tahun ke atas, namun ada juga yang mampu mencapai kilauan keemasan sehingga jalur ke 6 pada usia muda.


___________________________________________________________________________________________________________